Saturday, June 27, 2009

Plan manusia

Saya suka dengan term 'plan manusia'.
Diperkenalkan dengan term ini oleh seorang sahabat seperjuangan di masa sekolah menengah dulu. Sangat menghargainya. Terima kasih sahabat.

Baru-baru ini banyak plan telah dibuat.
Pelbagai program di'plan' untuk dihadiri.
Bersama rakan-rakan. Misi dan visi disepakati.
Objektif diperkukuhkan dengan perancangan aktiviti-aktiviti yang dikira cukup mantap.
Syabas kalian atas perancangan yang teliti.
Namun semuanya masih dikira plan manusia. Manusia yang merancang DIA yang menentukannya. Tidak semua yang dirancang itu adalah yang terbaik.
Mungkin perkara yang berlaku di luar dugaan adalah yang terbaik buat kita.

Doakan kejayaan kami dengan 'plan manusia' yang dibuat. Kemanisan amal jama'ie sangat dirasai ketika ini. Terima kasih semua. Doakan perjalanan kami.

"Bersama berubah untuk mengubah"

p/s : teruskan ber'kulsem' sahabat-sahabat (^_^)

Monday, June 22, 2009

Entah kenapa

berceloteh lagi...

Saya suka berkawan
Kalau boleh mahu seramai teman yang mungkin

Orang kata.. teman, sahabat dan rakan setiap satu membawa erti yang berbeza

Dan ada orang juga kata Bersahabat biar banyak (perlu lebih dari itu)
Namun musuh jangan sekali
Ya, teman, rakan mahupun kawan memang begitu mudah di cari
Namun sahabat yang bersama kita di kala kita senang dan susah sukar dicari

Sambung lagi..


Kita bermusuhan jangan sekali

Pernah juga merasa dimusuhi

Juga dibenci

Berdasarkan prinsip 'Cinta dan benci kerana Allah'lah

Digagahkan diri

Dimaniskan wajah ini

Diteruskan perjuangan yang belum seberapa ini

Entah kenapa mungkin hanya tanggapan diri

Tindakan kurang dipersetujui

Atau.. tindakan kurang menyenangkan hati

Mungkin bertindak atas 'ketidakrasionalan' diri


Maafkan diri teman

Andai diri memakan 'badan'
Atau tindakan menjadi bebanan
Menyebabkan diri dijauhi teman
Andaian terus bermain di fikiran


Tiada niat selain sebuah perkongsian

Ilmu yang tiada berkesudahan untuk dicapai


Mahu ukhuwah ini terus berkekalan

Wahai teman, rakan juga sahabat handaian

Usah biarkan 'entah apa-apa' menjadi halangan

Bagi penerusan perjuangan kalian


~Maafkan diri teman~

"Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. "
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)

-Teruskan usaha dan perjuangan kawan, teman, rakan, juga sahabat-
Sayang kalian
(^_^)



Semoga berjumpa di masa hadapan
Insyaallah


Bond of Ukhuwwah

..Perjalanan yang masih jauh..


Sahabat-sahabat perjuangan di Walimah KakZai

~Tengok gambar ni teringat pula isu jodoh, tunang, kahwin dan cinta yang sudah mula difikirkan oleh rakan-rakan. Ada yang mula mencari. Ada yang tidak lagi perlu mencari. Ada pula yang masih 'blur' dengan isu ini. Apa-apa pun, bersamalah kita mencari keredhaanNya dalam apa jua perkara yang kita lakukan~ lalala~

Saturday, June 20, 2009

Planning

Ummi : Siapkan barang. Esok pagi-pagi lagi kita nak balik kampung. Kne tolong wan kenduri.
Anak-anak: Owh..okay..

Tiba-tiba Ummi sakit kepala. Ummi nak makan ubat. Nanti nak tolong kenduri esok hari.

Huda: Ummi, makan ubat yang angah beli tu. Angah makan cepat je elok. Bagus..bagus
Ummi: Owh..pegila amek ubat tu. Meh sini
Huda: Angah, mane ubat tu?
Angah: Dalam beg angah tu ha..zip depan skali. Amek la

Setelah Ummi makan. Keesokan paginya

Angah: Eh, awat cam xbertolak-tolak lagi ni? kate nak bertolak kul 6.30 pagi...
Tiba-tiba
Ayah: Angah, hanta uda gi sekolah yer. Umi allergic makan ubat. Bengkak mata sume.Tak jadi balik kampung
Angah : Owh..okay..

On the way dengar lagu My mom is amazing. Tiba-tiba sebak. Perlu menghargai ibu. Yeah, benar sekali.

p/s: baru hanta ummi ke klinik. Perlu 1 injection. Tak jadi balik ke kampung..kenduri..owh kenduri..Kesian kurang la orang untuk menolong wan..heh..

Pengajaran
Kita ingat sesuatu tu baik. Tetapi mungkin ianya tidak untuk kita. Macam ubat. boleh jadi penyembuh juga boleh jadi penyebab kepada penyakit. Manusia hanya merancang. Allah yang menentukannya.
Sila pastikan anda allergic pada ubat jenis apa untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini.

erk huda..semangat jer..last2 x jadi blk kampung..huuu..heh (^_^)

sekadar berceloteh

Perlu ambil tahu dan seterusnya....?

click here please

Thursday, June 18, 2009

Kekasih..Imbas kembali

diambil dari email yang didapati...

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:
Sampaikan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Menjadi Diriku

Menjadi Diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wednesday, June 17, 2009

Extraordinary, maybe?

There are few choices here..which one would you prefer for your breakfast?

First menu
Scrambled eggs
Baked Beans
Salad
Fresh fruits
Cereals
Toasted Breads
Fruit juices
Fresh milk

..or..

Second menu
Nasi Lemak ayam
Roti canai + curry + dal
Karipap gajah (koop :P )
Mee goreng mamak
Milo panas
Teh tarik
Lontong + kuah kacang

Sometimes we may choose things that we are familiar with. If you go to any restaurants for instance, do you choose food that you are okay with it (have eaten before) or you want to try other choices?

First menu - can i say..healthy food? but we are not used to it. it's not our culture, maybe?
Second menu - well known among malaysian. (kena pada selera) but can lead to high cholesterol, blood pressure, diabetes and so on.

During my trip with my family one week before that, every morning we would have the 'first menu' for our breakfast since the second menu was not available there. We got to used with it.When we came back from our trip, we went to one of the restaurants nearby my house for breakfast.

Coversation with my parents :

Me : Ummi, tengok orang malaysia, sarapan pon dah berat2..nasi lemak la..nasi dagang la..patutla dapat banyak penyakit..kencing manis..stroke..huhu..kan elok makan toasted bread+butter+honey, minum susu..jus ker..cereals ke..macam kte nyer sarapan time trip dulu..kan..kan?

Mom : Itulah..dah 'culture' orang kite..selera dah macam tu..lauk bersantan..gula lagi..garam..

Dad : Jom ah start sarapan cam 'first menu' tu. jimat..badan pon sihat..hehe

....

In our life, we might love to have things that we are comfort with. We would prefer to be in a comfort zone. We prefer to be just an ordinary person instead of an extraordinary person. Thinking much about others perceptions and the way we could influence others to like us might also limit our true potential. Somehow choosing something extraordinary and somethings that we are not used to or familiar with might be better than our choices before. The menus above for example, the first one obviously is healthier and better than the second one, right? Why not we choose thing that is more beneficial even it is 'extraordinary' or 'not used to', right?

Looking with different perspective, to become extraordinary is not that easy. To choose something that we are not used to is not easy. To experience extraordinary experiences is not easy. To improve ourselves to become better person than before is not also easy. We need courage and determination to go through all of these.
No matter what, we have to maximize our potentials, do our parts in any ways we can do and last but not least, 'try to choose something extraordinary since sometimes it's better for us'


p/s: at the restaurant, my dad and i took nasi dagang, my mom took nasi kerabu. (macam melepaskan gian dah lama x merasa..menikmati kelazatan makanan malaysia..huhu)
see, to change is not that easy..heh..
let us try our best!
(^_^)

Narrated 'Abdullah bin Mas'ud:

The Prophet said, "Do not wish to be like anyone except in two cases. (The first is) A person, whom Allah has given wealth and he spends it righteously; (the second is) the one whom Allah has given wisdom (the Holy Qur'an) and he acts according to it and teaches it to others."

(Fateh-al-Bari page 177 Vol. 1)




Monday, June 15, 2009

Initiate...Starting

Sejenak berfikir...

Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan saya berfikir. Mungkin 'mula' berfikir. Membuat resolusi baru. Perlu atau tidak, ketepikan isu itu dulu. Dunia digemparkan dengan virus H1N1 atau lebih dikenali sebagai 'swine flu'. Tidak ketinggalan isu tergempar yang berlaku ke atas umat islam di selatan Thai. Pergolakan agama? kuasa? politik? Semuanya mungkin. Tidak ketinggalan isu Chin Peng yang sedang hangat diperkatakan. Turut juga disentuh dalam satu kursus yang pernah saya hadiri. Isu keselamatan negara diperkatakan. Apa lagi? Haa..baru-baru ini saya ada membaca sedikit sebanyak mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Satu kebaikan atau sebaliknya? Banyakkan membaca.

Wah, banyak sungguh perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini! Isu negara, kepimpinan, negara dan dunia mula membuatkan saya 'tersedak'. Mula mengeluarkan pendapat. Persepsi diri sendiri mungkin. Mula mempersoalkan. Bermacam-macam perkara. Pendapat dan pemikiran dari pelbagai pihak perlu dihormati. Berfikir dari perspektif yang berbeza mungkin. Sesuatu perkara pastinya ada permulaan dan adakah ianya juga ada pengakhiran? Tergelak sendirian mengenangkan diri berlakon menjadi satu watak yang entah siapa dalam satu program yang dihadiri. Berfikir mengikut acuan yang telah ditetapkan. Seperti bahulu. Jika bulat acuannya maka bulatlah bahulu itu. Jika hendakkan bahulu berbentuk bintang maka perlulah acuannya berbentuk bintang. Begitulah pentingnya acuan dalam membentuk sesuatu. Begitu juga dengan pemikiran dan seterusnya perlakuan. Mengambil prinsip "misi dan visi yang jauh ke hadapan dan lebih prioriti", diteruskan juga bentuk yang telah disediakan acuannya itu.

Saya tertarik dengan isu World Order yang dibangkitkan oleh seorang rakan. Dalam banyak-banyak perkara, mungkinkah ada satu kuasa besar yang mengawal semuanya? Teringat satu blog seorang rakan yang mengisahkan manusia sebagai pelakon pentas dunia. Mungkinkah kita ini pelakon dan boneka? World order..Siapakah? atau.. apakah ia? Perlukah tahu? Jika tahu, perlu buat apa? 'fuiyyo' banyaknya berfikir dan bertanya.
Bermakna perlunya bertindak? Bertindak tanpa kefahaman dan persiapan yang rapi seperti ilmu hanya membuahkan hasil yang sia-sia.

sambung lagi..

Kebanyakan pemimpin-pemimpin negara berpendidikan sains sosial seperti 'law', 'economic', 'politicscience', dan sebagainya. Bill Clinton bekas presiden US ke 42 berpendidikan perundangan. Bapa kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman juga mempunyai Bachelor of Arts degree. Rata-rata CEO, ketua di syarikat-syarikat terdiri daripada mereka yang berlatarkan pendidikan sosial. Adakah ini bermakna pemimpin sememangnya terdiri daripada mereka yang berpendidikan 'social science'? 'Natural Science students' mahu letak ke mana? Orang bawahan sahajakah? Oops, bukan. Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mempunyai ijazah dalam 'civil engineering'. Tidak lupa juga Tun Dr Mahathir yang merupakan 'medical officer' satu ketika dahulu sebelum menjadi perdana menteri Malaysia. Nah, terbukti bukan semua pemimpin terdiri daripada mereka yang berpendidikan 'social sciene'.(teringat pula pelajaran 'Theory of Knowledge' di kolej dahulu. Memang seronok dipelajari) Hmm, bukan isu gelaran, nama atau pangkat ingin diperkatakan di sini. Akan tetapi, sebenarnya tiada apa yang meletakkan garis panduan atau peraturan dalam sesuatu perkara (kecuali dalam bab hukum syarak) kecuali manusia itu sendiri dengan 'assumption' dan 'perception' masing-masing. Bermaksud, semuanya sebernarnya bermula dengan diri sendiri iaitu pemikiran? Juga bermaksud setiap dari kita sebenarnya berkuasa mengawal pemikiran dan tindakan kita tidak kira apa pendidikan kita, pekerjaan, bahkan latarbelakang yang berbeza? Lantas menuju satu matlamat yang satu. Apakah matlamat itu? Mungkinkah juga berbeza?

Maaf banyak pula tanda soal pada post kali ini.

'Initiate' untuk mula berfikir. Mungkin. tambahkan ilmu. tingkatkan pembacaan. [whoaa..]

~Ingin berubah untuk mengubah~

Monday, June 1, 2009

hibernate sebentar..

"hilang untuk beberapa ketika..insyaallah dengan tujuan yang baik"
..salam..
teruskan usaha..tetapkan matlamat

Sunday, May 17, 2009

Hadith for today..

Sedang membaca buku chemistry IB...
terjumpa 2 hadith Rasulullah..dari buku yang Huda baca..

'Perbuatan baik adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan mententeramkan hati, sedangkan dosa adalah sesuatu yang tidak menenangkan jiwa dan tidak mententeramkan hati meskipun kamu mendapat fatwa dari orang ramai'

'Dosa adalah sesuatu yang berbekas di hatimu dan kamu tidak suka orang lain mengetahuinya'

-Riwayat Imam Ahmad-

Friday, May 15, 2009

Jadilah Lebih Dari Itu

Kita selalu memikirkan cabaran dan kesusahan yang kita hadapi dalam hidup kita
Kita sedih. Kita suka. Kita kecewa.
Kita gembira. Perasaan bercampur-aduk.

Kita selalu berfikir perkara yang bersangkut paut dengan kita
Pelajaran kita. Keluarga kita. 'Future' kita.
Perasaan kita. Emosi kita. Cinta kita.

Semuanya perihal kita. Tak habis-habis memikirkan tentang diri kita.
'Bolehkah aku ini..' 'Bolehkah aku itu'..
Dan macam-macam lagi tentang diri kita

Kadang-kala kita sibuk memikirkan perihal kita
Sehinggakan kita terlepas pandang perkara-perkara lain di sekitar kita


Oh banyaknya lagi!
Rupa-rupanya bukan tentang diri kita sahaja yang perlu kita fikirkan
Tidak salah memikirkan tentang diri
Namun begitu setiap dari kita perlu lebih dari itu
Dalam buku Jalan Dakwah (Mustafa Masyhur) mengatakan
Jadilah seorang pendukung dakwah, bukan golongan qadhi (penghukum)
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa kaitannya ayat di atas dengan post kali ini
Mungkin kerana kita sibuk memikirkan perihal diri kita sendiri
Lantas tak terfikir
'Rupa-rupanya peranan kita lebih besar..kita perlu fikir dan buat lebih dari itu..'
Kita lihat keadaan sekeliling kita
Kita selalu menyalahkan mereka..masyarakat.
Orang itu dan orang ini atas tindak-tanduk mereka
Sedih melihat realiti masyarakat kini
Menyalahkan golongan-golongan tertentu

Hmm...jadilah lebih dari itu
Janganlah jadi seorang penghukum
Jadilah seorang pendukung
Apabila melihat realiti kehidupan muslim semakin hari semakin terpesong dari ajaran Islam
Kita harus melipatgandakan usaha kita
Bagi membina semula muslimin yang sebenar
Bukan hanya memikirkan tentang diri kita
Tetapi fikirlah untuk ummat..untuk semua

Mari kita jadi lebih dari itu!
'Jangan biarkan kita terlalu asyik berfikir sehingga membantutkan amal'

We don't have time asking for things that we don't have, we can only look for the best way to fight with the things we have for our whole life.
- hiruma yoichi-


Wallahualam

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik"
[An-Nahl : 125]

Sunday, May 10, 2009

..Muhasabah Cinta..


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Saturday, May 9, 2009

Banyak lagi...

Toleh kiri
Toleh kanan
Depan
Belakang
Semua ada
Banyak lagi

"ujian sebenar baru bermula"

..lagu muhasabah cinta mengusik dan menggaru-garu hati..

Saturday, May 2, 2009

untitled III

when there are
so many things to say
so many things to tell
so many things to share with
but we
couldn't tell
couldn't share with
couldn't express the way we feel
no matter how sad and down we might feel
bear in mind
maybe
that's the best way we could do
for the time being
Insyaallah

'Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya'
(Qaff:16)

'When you do not know a thing, to allow that you do not know it: this is knowledge'
- Confucius-


Sunday, April 26, 2009

Ingin seperti Asma’ r.a puteri Abu Bakr As-Siddiq

Ingin menjadi seperti Asma’ r.a.

Saudara perempuan Aisyah r.a.

Asma’ yang tidak pernah mengenal erti berputus asa

Yang sanggup bersusah payah demi agama tercinta

Asma’ yang membantu menghantarkan makanan buat ayahandanya bersama Rasulullah

Ketika peristiwa hijrah

Biarpun ketika itu Asma’ sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair

Tanpa rasa payah Asma’ mendaki Gua Thur

Sehingga diberi gelaran dua pasang ‘tali pinggang’

Yang diikat pada pinggangnya bagi membawa makanan


Ketika ditanya datuknya, Abu Qahafah seorang yang buta mengenai kesusahan yang bakap dipikul setelah ayahnya Abu Bakr tidak meninggalkan harta buat mereka sekeluarga

biar sedikit pun

Asma’ mengumpulkan batu-batu kerikil kecil

dan diletakkan di tempat biasa ayahnya menyimpan harta

Lalu ditutupinya dengan sehelai kain dan dibiarkan datuknya meraba timbunan itu

Supaya disangkanya Abu Bakr tidak meninggalkan mereka tanpa harta sedikitpun

Betapa dalam cintanya terhadap perjuangan ayahnya demi agama Islam

Tanpa rasa gusar dan susah

Menempuhi kesulitan hidup


Dalam satu hadith al Bukhari disebutkan Asma’ bercerita

“Ketika saya menikah dengan Zubair r.a. dia tidak memiliki harta apa pun. Tidak mempunyai tanah, tidak ada pembantu untuk meringankan pekerjaan, juga tidak memiliki sesuatu pun….”

Asma’ membuat kerja-kerja rumah dengan kudratnya sendiri

Memberi makan kuda dan untanya sendiri

Mengisi air sendiri

Semuanya dilakukan sendiri tanpa rasa penat dan jemu


Ketika Rasulullah s.a.w hijrah ke Madinah

Baginda menghadiahkan mereka sekeluarga sebidang tanah

Mereka menanam pokok kurma

Asma’ memikul sendiri buah-buah kurma di atas kepalanya

Pada suatu hari Rasulullah bersama pemuda-pemuda Anshar lain terserempak dengannya yang pada ketika itu membawa buah-buah kurmanya

Rasulullah mengisyaratkan supaya Asma’ menaiki unta baginda

Oleh kerana perasaan malu dengan kaum lelaki yang lain

Dan juga khuatir suaminya cemburu

Asma’ serba salah untuk memenuhi tawaran baginda

Rasulullah memahami perasaan Asma’ dan meninggalkannya

Sesampainya di rumah

Asma’ menceritakan peristiwa tersebut kepada suaminya Zubair

Khuatir dicemburui dan dimarahi

Akan tetapi respon yang diberikan lain sama sekali

Zubair berkata

“Demi Allah, saya lebih cemburu kepadamu yang selalu membawa kurma-kurma di atas kepalamu sedangkan saya tidak dapat membantumu.”


Alangkah hebatnya sahabat-sahabat di masa dahulu

Ketika para suami sibuk di medan jihad

Si isteri sanggup memikul sepenuhnya kerja-kerja rumah

Juga mendidik anak-anak

Yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam di masa akan datang

Alangkah bagusnya

Jika dapat mencontohi akhlak-akhlak para sahabat

Ingin menjadi seperti dirinya

Apalah sangat kesusahan yang dihadapi kini jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat terdahulu

Teruskan usaha dan berusaha


Sumber dari

-Kitab Fadhail A’mal, Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandhawi rah. a.-

Saturday, April 25, 2009

Rainbows after Raining

We always want something that we like
No matter what, we'll try our best to have it
To make it possible
But sometimes we can't have what we want
We can't make our dreams to become true
Because of what?
Coz He knows what is the best for us
There's something else better
Than what we want
Waiting for us...unexpected..
Yeah..don't give up

'Tetapi boleh jadi kamu tidak nenyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
[2:216]

-Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall-
Confucius

Friday, April 24, 2009

Being Grateful

Recently i heard a story about a person who felt really sad.
She's so sad because she never had any difficulties or challenges in life.
Her life seems so easy. Everything seemed to work smoothly. Is it ridiculous to feel sad?
She should be happy, right?
but not..because of what?
because she has a perception that whenever we face any difficulties or challenges in life, that's the time that could make us really appreciate what we have, reflect back our actions
and the most important thing is...REMEMBER HIM
feeling that He's the only who can understand us most
He's the only one that can help us
Nothing more important than remembering Him
every second
in every minutes and hours
in every breath

That's why we need to have ups and downs in our life
Facing any challenges and difficulties
The best 'tarbiyah' in our life

Say NO to give up
My beloved principal had said
'any challenges that we face today is to make us to be a great person in the future'
yeah..i really agree with her

Cherish our yesterdays
Dream our tomorrows
But live our todays!
different people might have different kinds of challenges
it does not matter what the challenges are
the most important thing is
how we face the challenges and overcome the problems

some more words..
'Just do your best until the last shot'
By my beloved math teacher Pn Khuzaimi

All the best to all KMBians for the IB examination.
We can do it! Pray for our success insyaAllah =D

Saturday, April 18, 2009

untitled II

Si X : rasa sedih
Si Z : perlu ke rasa sedih tu?
Si X : perlu rasanya..erk..ker tak perlu?
Si Z : ingat semula nikmat-nikmat Allah yang dah Dia berikan. betapa banyaknya jika nak bandingkan dengan kesedihan kita tu
Si X : betul juga. tapi manusia perlu juga rasa sedih. itu fitrah manusia. rasa sedih juga
Si Z : hmm..doakan supaya dapat yang terbaik dariNya. mungkin ada di luar sana. apa yang Dia tetapkan nanti itulah yang terbaik buat kita. teruskan usaha. fokus. dua sahaja perkara
penting buat masa sekarang. dakwah dan juga belajar. ingat tu. jangan 'downgrade' kan diri sendiri bila orang lain tak buat begitu pon pada kita.
Si X : akan pegang pada kata-kata itu. berusaha! berusaha! teruskan berusaha


'somethings are better be left unsaid. be focus. be prepared'
'terima kasih sahabat. diri ini sangat menyayangimu'

Tuesday, April 14, 2009

untitled


Sunday, April 12, 2009

Suka

Si X : saya suka itu.. apa perlu buat?
Si Z : kalau suka, 'proceed' je la?
Si X : tapi boleh ker suka itu?
Si Z : entahla agak 'confused' la
Si X : saya tengok itu macam boleh je? boleh ke?
Si Z : entahla saya rasa macam boleh..bergantung juga kot. tetapi ada perkara yang perlu dipertimbangkan juga
Si X : perlu ker suka itu? 'hesitate' la pulak
Si Z : ada perlunya, ada tak perlunya
Si X : saya pening ler. lupakan dan tidak ambil kisah, boleh?
Si Z : muhasabah diri. dengar dari kata hati. minta petunjukNya
Si X: betul juga
Si Z : 'menterbalikkan perkara yang diterbalikkan'

'need to change and to be changed'

Friday, March 20, 2009

things to achieve

.currently trying to do my best.
.so many things to be achieved.
.so many things to focus on.
.yes i will be there.
.insyaallah.
.pray for me.
.we try our best.
-hibernate mode-

p/s: lately so many accidents happened..hmm..'drive dgn b'hermat. igtlah org yg tersayang'

Monday, March 9, 2009

KAMI


.kuatkan ikatan hati.
.padukan semangat.
.jelaskan matlamat.
.bersama.
.sentiasa bersama.
.tak kira apa.
.tabahkan hati.
.sahabat.
.insyaallah.

Saturday, February 28, 2009

Dirimu begitu berharga

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


http://img517.imageshack.us/img517/462/gadisayufg7.jpg

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


http://img401.imageshack.us/img401/5127/awakkjl6.jpg

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


http://www.al-islam.org/gallery/kids/Clipart/children/0781.JPG

Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI


dipetik dari : Untuk Gadis Sahaja
www.iLuvislam.com
oleh : lia_ina

bila orang sibuk memperkatakan mengenai seseorang
tetapi kita tidak
siapakah kita di mata mereka
rasa terpinggir?
tiada apa yang istimewa?
ingin popular?
..tidak..
percaya
keyakinan yang benar-benar mantap
wanita yang solehah itu
adalah mereka yang tidak sibuk memperkatakan tentang orang lain
menghindari dari perbualan dan perbuatan yang tidak membuahkan hasil
menghindari fitnah
mengelak dari menjadi perbualan orang
jangan ada rasa 'insignificant' di mata mereka
akan tetapi
perlu capai dan cari
'significant' di mataNya
insyaallah


MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi





Perlu ke tidak...?

....Perlu atau tidak?....


...tanda tanya...

.kuatkan.

.hilangkan.




Friday, February 27, 2009

'Sangat-sangat'

'Betapa besar dan tidak terkiranya nikmatNya..'
terharu. 'sangat-sangat'.
betapa banyaknya peluang yang sudah diberikan.
'sangat-sangat'.
syukur.
kasihNya yang teramat.
terasa Dia. 'sangat-sangat'.
Dia tidak terus memberi apa yang kita mahukan 'sangat-sangat'.
Dia beri ujian.
adakah kita 'sangat-sangat' mahukan itu.
kesungguhan kita.
Dia Maha tahu apa yang terbaik untuk kita.
apa yang sesuai untuk kita.
apa yang penting. kepercayaan dan kebergantungan padaNya.
Dia adalah yang pertama.
Dia tempat meminta.
Dia tempat mengadu. Dia segala-galanya.


'adakah rasa apa yang ku rasa?'

'apa yang ditetapkan olehNya itulah yang terbaik buat kita'
trust HIM and don't lose hope!